Harga buat lesen memandu kereta atau motosikal 2017 terkini

Harga buat lesen memandu kereta atau motosikal 2017 terkini 14:38 Redaksi Admin Berikut ialah harga bayaran keseluruhan Pembelajaran dan Latihan untuk mendapatkan lesen memandu bagi kelas motosikal dan kereta pada tahun ini (2017) berdasarkan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu Pada tahun 2015 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa peraturan baharu akan dilaksanakan iaitu pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang selain membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang berkenaan Sehubungan dengan itu, individu yang mahu mengambil lesen memandu kereta dan motosikal (motosikal + kereta) secara serentak kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang HARGA TERKINI BUAT LESEN MEMANDU KERETA ATAU MOTOSIKAL TAHUN 2017 Harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan serta harga pakej yang ditawarkan oleh Institut Memandu bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta adalah masih berbeza mengikut Institut Memandu di setiap negeri Disebabkan perbezaan harga yang ditawarkan oleh Institut Memandu, MYsumber tidak dapat memberikan maklumat harga keseluruhan struktur kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan bagi mendapatkan lesen motosikal ataupun kereta secara tepat  Bagaimanapun, maklumat harga anggaran dapat disertakan berdasarkan tinjauan (survey) yang telah dibuat KELAS LESEN MOTOSIKAL DAN KERETA Kategori Kelas Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc B2 Lesen Motosikal Melebihi 500 cc B Lesen Kereta Transmisi Manual D Lesen Kereta Transmisi Automatik DA ANGGARAN KADAR BAYARAN YURAN AMBIL LESEN KERETA ATAU MOTOSIKAL Berikut adalah anggaran kadar bayaran yuran keseluruhan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal mengikut Kelas Sebagai makluman, harga maksimum (harga munasabah) adalah tidak melebihi RM600 (lesen motosikal B2), RM1,200 (lesen motosikal B), RM1,400 (lesen kereta D) dan RM1,600 (lesen kereta DA) Sekiranya Institut Memandu yang dikunjungi oleh anda menetapkan harga melebihi paras anggaran harga maksimum seperti dinyatakan atau tidak munasabah lebih baik anda membuat tinjauan harga di Institut Memandu lain yang mungkin lebih murah kadar bayarannya Kebanyakan Institut Memandu menerima bayaran secara ansuran untuk yuran pembelajaran dan latihan pemanduan mengikut peringkat. Bayaran juga boleh dibuat secara penuh (lump-sum). Manakala tarikh jadual pembelajaran dan latihan boleh dipilih (ditempah) oleh anda sendiri Kategori Harga Anggaran Lesen Motosikal Tidak Melebihi 250 cc (B2) 350 hingga 600 Lesen Motosikal Melebihi 500 cc (B) 900 hingga 1,200 Lesen Kereta Transmisi Manual (D) 1,150 hingga 1,400 Lesen Kereta Transmisi Automatik (DA) 1,250 hingga 1,600 Harga yang dikenakan turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh Institut Memandu PROGRAM MYLESEN JPJ Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan program MYLesen untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak memiliki lesen motosikal tidak melebihi 250 cc (B2), mendapatkan lesen kelas tersebut dengan harga lebih murah Untuk mendapatkan maklumat MYLesen, sila klik judul pautan dibawah Maklumat Dan Cara Permohonan Program JPJ MYLesen Motosikal Program JPJ MYLesen Motosikal bagi tahun 2017 belum diumumkan Pautan pantas selain informasi Harga buat lesen memandu kereta atau motosikal 2017 terkini Borang permohonan Mylesen JPJ 2016 bantuan lesen motosikal Perodua Bezza 2016 baru harga spesifikasi dan gambar Caj di hospital kerajaan naik harga mulai Januari 2017 Kadar harga terkini buat Passport Malaysia 2017 cara renew online Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2016

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *