PERBEZAAN GEAR AUTO & MANUAL

Ehsan dari Forum JKNJ

Jikalau anda mahukan pick-up lebih bagi kereta anda semasa mendaki bukit anda di sarankan supaya guna kereta gear manual. Bagi kereta bergear Auto memang kurang pick-up semasa mendaki bukit.
pengalaman saya ketika balik kampung sewaktu mendaki bukit curam di Perak saya pernah potong kereta waja campro Auto 1.6 pada kelajuan 75kmj dengan kereta Viva 1.0 manual. Cuba anda bayangkan kelajuan waja tu mestilah kurang dari 75kmj kan….

1. Kalau dari segi harga kereta gear auto lebih mahal dari kereta gear manual.
2. Kalau dari segi pickup kereta gear auto kurang pick-up dari kereta gear manual.
3. Kalau dari segi penggunaan petrol kereta gear auto lebih tinggi dari kereta gear manual.
4. Kalau dari segi mudahkan pemanduan kereta gear auto rileks skit dari kereta gear manual sebab gear auto takyah tekan pedal clutch tapi anda rugi satu pedal kaki bagi kereta auto pedal clutch dah di keluarkan.
5. Kalau dari segi penggunaan brek kereta gear auto lebih cepat haus pad brek dari kereta gear manual kalau turun bukit curam kereta gear manual boleh save guna brek dengan menukar kepada gear rendah (drop gear).
6. Kalau dari segi nak start kereta ketika bateri weak kereta gear auto dah tak boleh start menggunakan kaedah tolakkan dan masuk gear seperti kereta gear manual.
7. Kalau dari segi maintenance gearbox rosak kereta gear auto harga kos gearbox lebih mahal dari kereta gearbox manual.

Jadi dari segi value for money kereta gear manual lebih menjimatkan dari kereta gear auto.

Ini adalah fakta benar dari mekanik yang memberikan komen pada saya kebanyakan orang yang beli kereta gear auto hanya mahukan kelebihan fakta 4. Kalau dari segi mudahkan pemanduan kereta gear auto rileks skit dari kereta gear manual sebab gear auto takyah tekan pedal clutch….. yang hairannya masa test ketika ujian memandu untuk dapatkan lesen memandu boleh pulak bawa kereta gear manual.

Tapi ini ada satu kisah benar yang terjadi pada jiran saya yang guna kereta gear auto sewaktu dia parking tepi jalan semasa nak ke pasar malam bersama anaknya di mana apabila dia keluar dari kereta dahulu dari anaknya dengan enjin masih hidup pada waktu itu anaknya bermain tombol gear auto tu menyebabkan kereta tersebut berada dalam gear dan terus meluncur kehadapan dan menjunan kedalam longkang sedalam 1 meter.
Cuba anda bayangkan jika dia parking tepi bukit atau di tempat letak kereta bertingkat berapa tinggi kereta tu jatuh……
Selepas terkenang peristiwa itu jiran saya terus tukar kereta gear manual sebab takut keselamatan anaknya jika dia terleka seperti peristiwa itu. Dia kata jika dia guna gear manual pasti peristiwa seperti itu tak terjadi kerana gear manual akan terhenti enjinnya jika gear dimasukkan secara tak sengaja tanpa menekan pedal clutch dan anaknya mungkin tak perlu menerima 20 jahitan di dahinya.

Fakta Ini bukan bermaksud untuk memperkecilkan pengguna kereta bergear auto tetapi untuk berkongsi fakta berasaskan komen dan pandangan semua supaya anda sendiri boleh menilai dan mendapat info dari aspek positif …. apa yang penting adalah Keselamatan, keselesaan anda terletak pada pilihan anda sendiri.
Berhati-hati di jalan raya…. ingat orang yang tersayang.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *