IKHLAS Houseowner / Householder Takaful

rumah Skim-Rumah-Pertamaku

Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan kandungan di dalamnya dan melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful ini.

Insurans kediaman atau insurans empunya rumah/isi rumah merupakan salah satu polisi insurans terpenting yang anda boleh membeli. Rumah anda merupakan salah satu pelaburan terbesar anda jadi adalah penting untuk anda melindungi rumah anda. Terdapat 3 jenis polisi utama yang boleh melindungi rumah anda:

  • Ikhlas Fire Takaful
  • IKHLAS Houseowner Takaful
  • IKHLAS Householder Takaful

IKHLAS Houseowner Takaful

Polisi ini memberi perlindungan tambahan berbanding polisi kebakaran asas. Ia melindungi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain.

IKHLAS Householder Takaful

Polisi ini melindungi barang-barang isi rumah anda serta melindungi kecederaan maut untuk anda sebagai pihak yang diinsuranskan. Polisi ini tidak memberi perlindungan kepada rumah anda.

Perlindungan/manfaat yang ditawarkan
Sijil Takaful ini melindungi:

  • Kerugian atau kerosakan bangunan anda atau kandungan di dalamnya yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik;
  • Kerugian atau kerosakan bangunan anda atau kandungan di dalamnya yang disebabkan oleh pesawat udara, kenderaan atau binatang, pecahnya atau melimpahnya tangki, peralatan atau paip air rumah, menceroboh  masuk atau pecah masuk oleh pencuri, angin ribut, gempa bumi dan banjir;
  • Kehilangan sewa;
  • Liabiliti kepada pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah anda;
  • Harta dipindahkan sementara, kecuali untuk jualan atau untuk pameran atau ke tempat simpanan perabot;
  • Kerosakan pada cermin;
  • Pampasan terhadap kecederaan maut yang berlaku akibat kekerasan ketara oleh pencuri atau kebakaran;
  • Harta orang gaji.

Anda boleh melanjutkan perlindungan ke atas risiko berikut dengan membayar Sumbangan Takaful tambahan:

  • Penenggelaman tanah, tanah runtuh, rusuhan, mogok dan kerosakan niat jahat, kebakaran belukar / lalang, kerosakan akibat pokok atau dahan pokok dan objek yang tertumbang;
  • Kerosakan disebabkan oleh hurikan, siklon, taufan atau ribut angin kepada cerobong asap logam, bidai, kajang, papan tanda dan lekapan atau lengkapan luar yang lain termasuk pintu pagar dan pagar;
  • Perubahan, pembaikan dan penambahan;
  • Perlindungan dilanjutkan ke atas kecurian;
  • Penambahan had liabiliti kepada pihak ketiga akibat kemalangan di rumah anda.

Tempoh perlindungannya ialah selama satu (1) tahun. Maka, anda dikehendaki membaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.

HELAIAN KETERANGAN PRODUK   |   LANGGAN SEGERA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *