TAKAFUL/INSURANS

Click disini e-agent

1.  Sekiranya saya membeli polisi motor komprehensif, adakah semua kerugian saya dilindungi?

J:  Tidak semua kerugian akan dilindungi oleh polisi komprehensif. Di bawah polisi komprehensif, anda akan dilindungi bagi tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga ke atas kematian, kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kenderaan anda. Anda juga akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian. Anda perlu menyemak polisi anda terhadap pengecualian-pengecualian tersebut.

Anda juga perlu tahu bahawa kematian dan kecederaan tubuh badan pemandu dan penumpang kenderaan anda tidak dilindungi di bawah perlindungan komprehensif. Untuk melindungi pemandu & penumpang anda perlu membeli polisi Ikhlas Motorist PA

2. Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan Takaful Pehak Pertama/COMPREHENSIVE/1st Party dan Pehak ketiga/3rd Party?

J:  Perlindungan/manfaat Takaful Pehak Pertama/COMPREHENSIVE yang ditawarkan adalah :

1.  Kerugian atau Kerosakan Pada Kenderaan Pemilik

Pihak Syarikat akan melindungi Kenderaan Peserta Takaful sekiranya ia rosak atau hilang dalam keadaan berikut:-

  1. berlanggar atau terbalik akibat kemalangan,
  2. berlanggar atau terbalik akibat kerosakan mekanikal,
  3. berlanggar atau terbalik akibat haus dan lusuh,
  4. rosak akibat dihempap oleh objek yang jatuh, dengan syarat tidak bersabit dengan banjir, taufan, hurikan, ribut, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penurunan atau penenggelaman tanah ataupun konvulsi semula jadi yang lain,
  5. kebakaran, letupan atau kilat,
  6. pecah-masuk, pecah rumah atau kecurian,
  7. perbuatan niat jahat,
  8. semasa dalam transit (termasuk semasa punggah memunggah) melalui:
  • jalan raya, rel, laluan air pedalaman
  • laluan laut terus merentasi selat antara Pulau Pinang dengan semenanjung.

2. Liabiliti terhadap Pihak Ketiga/

Pihak Syarikat akan membayar jumlah yang Peserta Takaful atau Pemandu yang Diberi Kuasa oleh Peserta Takaful perlu bayar mengikut undang-undang (termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut) bagi:

  1. kematian atau kecederaan anggota kepada mana-mana orang kecuali yang dinyatakan secara khusus di bawah Pengecualian kepada Seksyen B.
  2. kerosakan kepada harta akibat kemalangan yang berpunca daripada penggunaan Kenderaan Peserta Takaful dengan syarat Pemandu yang Diberi Kuasa oleh Peserta Takaful juga mematuhi semua terma dan syarat Sijil Takaful seperti yang dikenakan ke atas Peserta Takaful.

 

2.  Bolehkah saya membatalkan sijil Takaful ini?

Anda boleh membatalkan Sijil Takaful ini dengan memberi notis bertulis kepada pihak kami.
Selepas pembatalan, anda layak mendapat pulangan Sumbangan Takaful untuk kadar pro rata bagi tempoh Sijil Takaful yang telah berkuat kuasa, tertakluk kepada Sumbangan Takaful minimum sebanyak RM50.00 yang diperlukan oleh pihak kami.
Tiada pulangan Sumbangan Takaful dibenarkan jika ada sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini.

Click disini e-agent