e-Agent/Online

Click disini e-agent

1. Apakah yang dimaksudkan dengan e-agent?

J:  e-agent Takaful Ikhlas merupakan satu sistem yang terkini dimana pemilik kereta sendiri membuat insurans, tanpa melalui agent/wakil yang dilantik. Semua bayaran adalah terus kepada Syarikat Takaful Ikhlas Bhd.  Sistem berkenaan boleh diakses melalui https://w7.financial-link.com.my

2.  Apabila saya membuat insurans melalui e-agent, bagaimanakah cara & kepada siapakah yang perlu saya membuat pembayaran. Jika bayaran dibuat kepada Syarikat Takaful Ikhlas Bhd, bagaimana pula dengan agent?

J:  Bagi sistem e-agent yang terkini, agent hanyalah sebagai pemudahcara sahaja. Semua urusan membuat insurans dibuat oleh pemilik/pelanggan sendiri. Bayaran perlu dibuat terus kepada Syarikat Takaful Ikhlas Bhd dengan menggunakan kad kredit @ online banking / fpx.

3. Bolehkah saya membayar insuran & roadtax, tanpa geran asal kerana geran kereta saya hilang @ masih ada di bank?

J : Boleh, tuan hanya perlu ada salinan geran @ polisi insuran yang lepas. kami memerlukan maklumat no kereta, no kad pengenalan pemilik kereta, no enjin, no chasis & tahun kereta dibuat. Roadtax boleh dibuat melalui myeg tanpa geran asal

4. Saya tersilap memasukkan data dalam sistem Online (FLAS Online) dan JPJ reject kes saya.

  • Apa yang perlu saya lakukan?
  • Bagaimana dengan bayaran yang telah dibuat?
  • Siapa perlu saya hubungi jika berlaku kesilapan tersebut?

J: Ada 2 jenis kesilapan yang boleh terjadi apabila memasukkan data kedalam sistem.

  1. Kesilapan yang boleh dibaiki secara online
  2. Kesilapan yang tidak boleh dibaiki

3.1 Kesilapan yang boleh dibaiki secara Online adalah :

  • No Kad Pengenalan
  • No Pendaftaran Kenderaan
  • No Chasis
  • No Enjin
  • Keadaan Kenderaan

3.2 Kesilapan yang tidak boleh dibaiki secara online adalah tarikh polisi bermula & berakhir. jika situasi ini berlaku tuan diminta menghubungi agen yang berkenaan 0139730120 @ cawangan Takaful Ikhlas yang terdekat.

Untuk menyemak jenis kesilapan yang berlaku:

  1. Klik ‘Check JPJ Status’
  • JPJSTATUS
  • Masukkan no kereta, User ID & Password serta Huruf yang tertera.
  • Klik ‘Next’

2. Klik ‘Reason’ untuk melihat kesilapan yang berlaku.

jpjreject3

 

3. Klik ‘Update’ untuk membaiki kesilapan yang berlaku

  • Setelah dibaiki kesilapan Klik ‘Update & Resubmit’

Bagi kesilapan yang tidak boleh dibaiki, covernote perlu dibatalkan.

Langkah yang perlu diikuti :

Langkah 1. Muat turun borang pembatalan covernote di website eikhlas

Langkah 2.  Sila ikuti langkah berikut

Step 1. Sila penuhkan borang dan click ‘Batal Sijil berkuatkuasa dari /cancel certificate e.e.f ‘. Emailkan borang bersama salinan sijil polisi ke rizamim@takaful-ikhlas.com.my / zaridamun@takaful-ikhlas.com.my

Step 2. Sila click Covernote Cancellation pada FLAS, dan masukkan maklumat kereta. Cuma tulis ‘wrong period of cover’ dan tick mistakes.

Diharap dibuat kedua-dua langkah berkenaan sehingga underwriter membatalkan covernote (print screen the step 2 and attached together with the form, in the email)

Step 3. Selepas dibatalkan, (underwriter akan email balik dalam masa 5-10minutes). Sila key in semula maklumat kereta (new business) dengan tempoh masa yang betul.

Step 4. Bagi bayaran yang telah dibuat, pada ‘Aging‘, (pilih bank)-Maybank Islamic Bank, (Bank Ref no) – masukkan nombor covernote yang salah/cancel (misal : no ML1010948) situasi ini dinamakan contra.

5.  Bolehkah saya membayar insurans/takaful motosikal secara e-agent online?

J:  Tidak boleh, insurans e-agent/online hanya untuk kereta persendirian dan syarikat sahaja. Kenderaan berkenaan mestilah tidak lebih dari 15 tahun Dan Insurans Comprehensive/ 1st party sahaja

Click disini e-agent

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *