IKHLAS Fire Takaful
Produk ini menyediakan perlindungan bagi harta Peserta Takaful terhadap kerugian atau kerosakan akibat kebakaran atau kilat.
*Selain daripada IKHLAS Fire Takaful, anda juga boleh membeli produk Fire yang lain seperti di bawah:
a) IKHLAS Fire Residential Takaful
Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?
Sijil Takaful ini melindungi:
- kerugian atau kerosakan kepada harta yang dilindungi diakibatkan oleh kebakaran atau kilat;
Sebagai pertimbangan bagi bayaran Sumbangan Takaful tambahan, perlindungan Takaful dilanjutkan untuk melindungi kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang secara langsung disebabkan oleh:
- pesawat dan peralatan udara lain dan/atau barang yang terjatuh daripadanya;
- gempa bumi dan letupan gunung berapi;
- hurikan, siklon, taufan dan ribut angin;
- banjir (termasuk limpahan air laut);
- letupan, tetapi dikecualikan kerugian atau kerosakan kepada dandang, alat penjimatan, atau bekas, mesin atau perkakas lain yang menggunakan tekanan atau kandungannya akibat daripada letupannya;
- hentaman oleh mana-mana kenderaan jalan raya dan haiwan, yang bukan milik atau di bawah kawalan Peserta Takaful, atau mana-mana anggota keluarga, atau sesiapa yang berkhidmat dengan dan untuk Peserta Takaful;
- pecahan atau limpahan tangki air, peralatan dan paip yang dipasang di dalam atau ke atas bangunan yang dilindungi atau menempatkan harta benda yang dilindungi;
- kebakaran belukar/lalang;
- tanah jerlus dan/atau timbunan tanah di tapak bangunan didirikan atau tanah kepunyaannya, atau tanah runtuh
- kebakaran yang hanya disebabkan oleh penapaian, pemanasan, atau pembakaran secara spontan olehnya sendiri;
- rusuhan, mogok dan perbuatan berniat jahat;
- pokok tumbang atau dahan dan objek jatuh daripadanya;
Nota: Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat dan terma-terma spesifik yang berkaitan dengan manfaat yang dinyatakan di atas.
Tempoh perlindungan ialah selama satu (1) tahun. Dengan itu, anda dikehendaki membaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.
Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?
Jumlah Sumbangan Takaful yang anda perlu bayar adalah berpandukan kepada kadar tariff, Jumlah Dilindungi yang dipilih, klasifikasi pekerjaan/perniagaan dan klasifikasi bangunan:
Contoh:
Perlindungan Kebakaran (bangunan) – Satu unit rumah kedai, keseluruhan dibina dari konkrit/batu-bata dan digunakan sebagai kedai minuman dengan Jumlah Dilindungi sebanyak RM100,000
Kadar yang digunakan (untuk rumah kedai, keseluruhan dibina = 0.161% dari konkrit/batu-bata)
Maka, anggaran Sumbangan Takaful yang anda perlu bayar adalah = 100,000 x 0.161% = RM161.00
Nota: Kadar Sumbangan Takaful adalah berbeza bagi lain-lain perniagaan dan jenis bangunan.
Sila rujuk melalui kami atau pengantara Takaful anda.
HELAIAN KETERANGAN PRODUK | LANGGAN SEGERA
IKHLAS Houseowner/Householder Takaful
Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan dan kandungan di dalamnya dan melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful ini.
Salam sy ingin mengambil insurances ke bakar an kedai utk lot cafeteria dia bangunan Kwsp Johor Bahru jalan Dato Dalam 80000
Johor bahru