APA BERLAKU SEKIRANYA AIR BATERI BERADA BAWAH TAKAT MINIMUM

Ehsan dari Forum JKNJ

Sekiranya aras air bateri berada di bawah takat MIN, plat bateri akan terdedah dari rendaman elektrolit (asid + air) yang mana plat menjadi kering akibat sudah tidak terendam dalam elektrolitnya apabila ini terjadi bekalan cas dari alternator tidak dapat di simpan pada plat berkenaan dan menyebabkan plat kering dan retak (tertanggal dari rangka plat) maka bahagian sel yang telah retak itu menjadi rosak dan tidak berfungsi lagi.

Biasanya bateri ada 6 bahagian sel (ikut bilangan penutup lubang air bateri) setiap sel akan membekalkan 2 voltan kuasa cas.

2 volt + 2 volt + 2 volt + 2 volt + 2 volt + 2 volt  = 12 volt

Jika  3 sel rosak

[2 volt + 2 volt + 2 volt] + 2 volt + 2 volt + 2 volt  = 6 volt

Dengan 6 volt adakah bateri anda mampu menjalankan starter motor untuk hidupkan enjin ??? dah tentu tidak gerak langsung laa.

Jika mengisi air bateri melebihi paras MAX maka sudah tiada ruang udara untuk proses pengembangan dan pengecutan plat bateri semasa ianya di cas oleh alternator semasa enjin beroperasi akibatnya air bateri akan melimpah keluar melalui saluran udara pada penutup lubang air bateri akibat tekanan pengembangan gas hasil proses elektrolit menjana cas dalam bateri. Ia juga akan mengeluarkan bersama-sama asid dalam bateri yang akan merosakkan setiap bahagian permukaan yang di laluinya selepas itu seperti tapak bateri, besi rangka utama kereta, enjin mounting, kabel elektrikal di bawah bateri termasuk sensor2 yang hampir dengan bahagian yang melimpah iti turut rosak akibat hakisan asid tersebut. Bahagian yang bersentuhan dengan limpahan asid ini akan mula mereput 10 X ganda lebih cepat dari keadaan biasa.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *