KERETA BREAKDOWN DALAM PERJALANAN, APA TINDAKAN YANG HARUS DILAKUKAN ?

KERETA BREAKDOWN DALAM PERJALANAN, APA TINDAKAN YANG HARUS DILAKUKAN ?

Kerisauan ramai pemandu ialah kereta mengalami kerosakan (breakdown) semasa perjalanan terutama di lebuhraya dan ia samada berpunca kerana kerosakan sekecil tayar pancit, kereta overheat sehinggalah melibatkan kerosakan enjin yang teruk.

Selalunya tak lama selepas itu kereta tunda “Ya Sidiq Sigara Saudagar Penipu” datang dengan “ikhlas” ingin membantu.

Jangan panik….!!!!

▪STEP 1 : PLUSRONDA

Jangan ambil apa-apa perkhidmatan kereta tunda yang tidak dijemput itu dengan apa jua alasan mereka kerana sebagai pengguna lebuhraya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda #PERCUMA oleh PLUSRONDA daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian RnR atau plaza tol berdekatan.
Ini kerana penunda tidak dijemput ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.

Langkah-Langkah Yang Perlu:
1. Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
2. Dapatkan lokasi kilometer (ada tanda km ditepi highway setiap 100m)
3. Telefon nombor PLUSRONDA 1800 88 0000
4. Nyatakan jenis kenderaan & no plat.
5. Nyatakan kerosakan.
6. Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.

▪STEP 2 : TUNDA – SYARIKAT INSURANCE

Selepas kenderaan anda dihantar ke hentian RnR atau plaza tol terdekat, anda sekarang boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurance kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat service jenama kenderaan anda atau bengkel kepercayaan anda.

Selalunya syarikat insurance menetapkan jarak yang diberikan percuma seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih km seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km.

Ada juga syarikat insurance menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurance menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu. Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.

Langkah-Langkah Yang Perlu:
1. Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
2. Telefon nombor khidmat bantuan syarikat insurance anda seperti tertera pada polisi atau pelekat yang diberi.
3. Nyatakan lokasi kenderaan anda.
4. Nyatakan jenis kenderaan & no plat.
5. Nyatakan kerosakan.
6. Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.

Maka selamatlah anda daripada ditipu oleh Penunda Ya Sidiq Sigara Saudagar Penipu.
Beringat…ada juga kerosakan dicipta oleh syaitoon semasa anda berhenti di RnR tertentu.

Kedua-dua perkhidmatan tunda samada PlusRonda dan Syarikat Insurance beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu jadi jangan risau.

Kredit : Wan Amir

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *